SEJARAH

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Kampung Simpang Tiga terletak dalam Daerah SPS, dalam DUN Sungai Acheh, Parlimen Nibong Tebal bersempadanan dengan Negeri Perak dan Kedah. Menurut cerita orang tua-tua sejarah kampung Simpang Tiga mendapat nama daripada pertemuan tiga simpang iaitu Jalan Utama daripada Butterworth ke Ipoh dan Simpang menghala ke Sungai Acheh.

Pekan yang terdekat ialah Pekan Nibong Tebal yang jaraknya sejauh 6 km dan Parit Buntar Perak sejauh 8 km. Kampung ini mempunyai beberapa buah kampung yang terdiri daripada Kampung Simpang Tiga, Kampung Parit Tok Mandin, Kampung Kuyung, Kampung Tok Keramat, Kampung Simpang Sembilan, Kampung Titi Timbul dan Jalan Permatang Keling. Didalam JKKK Simpang Tiga ini juga terdapat 6 buah taman perumahan yang terdiri daripada Taman Seri Acheh, Taman Minamah, Taman Fajar, Taman Fajar Indah, Taman Sinar dan Taman Keramat Permai.

Selain itu juga kampung ini aktif dengan beberapa pertubuhan politik iaitu 4 buah cawangan UMNO dalam Bahagian, 3 buah Rukun Tetangga, Belia Wawasan Simpang Tiga dan Persatuan Belia Seri Mutiara dan juga mempunyai Kumpulan Kompang yang terdiri daripada ahli belia dan beliawanis Belia Seri Mutiara.